Jumat, 24 Agustus 2012

Cara Memegang Gitar

Mungkin orang sudah tahu caranya dengan melihat artis atau orang memegang gitar. Jadi, dalam pelajaran pertama ini aku akan terangkan secara ringkas.

Biasanya kebanyakkan orang menggunakan tangan kanan untuk bermain gitar tetapi ada segelintir orang lebih selesa dengan menggunakan tangan kiri. Orang yang suka bermain dengan tangan kiri digelar sebagai kidal.

Oleh kerana banyak yang bermain gitar dengan tangan kanan, aku akan lebih terangkan bagaimana bermain gitar dengan tangan kanan. Jika ada diantara orang yang kidal, jangan risau. Caranya tetap sama. Cuma perlu terbalikkan gitar saja :). Di atas adalah contoh memegang gitar. Pastikan 'body' gitar tidak terlalu jauh dan tidak pula terlalu rapat dengan badan.Yang penting tangan kanan dapat mencapai tali gitar dan memetik gitar dengan leluasa.

Cara memegang 'neck' gitar pula seperti di bawah.

Cara yang betul memegang 'neck' gitar adalah tidak menggenggam 'neck' gitar. Tapi aku lihat masih ramai yang suka menggenggam 'neck' gitar pada waktu bermain gitar. Tak tahu kenapa. Mungkin penyakit hehe. Menggenggam 'neck' gitar akan menyusahkan orang semasa bermain kord yang menggunakan tali gitar yang paling bawah seperti kord D. Jadi, pastikan kita tidak menggenggam 'neck' semasa bermain gitar.

Mengenai gaya memegang gitar, secara rasminya ada tiga gaya memegang gitar iaitu gaya duduk kasual, gaya duduk klasik dan gaya berdiri.

Di bawah adalah contoh-contoh gaya memegang gitar secara rasmi.



Gaya duduk kasual: Gaya ini paling popular. Gaya ini nampak lebih rileks dan santai. Sesuai untuk orang yang baru belajar main gitar. Caranya adalah meletak 'body' gitar di atas paha kanan.

Gaya duduk klasik: Caranya meletakkan 'body' gitar di atas paha kiri. Gitar akan lebih condong berbanding gaya duduk kasual. Kelebihan gaya ini adalah mudah untuk bermain kord gitar.

Gaya berdiri: Biasanya gaya ini digunakan ketika membuat persembahan di atas pentas. Untuk menggunakan gaya ini orang perlu menggunakan 'strap' atau tali untuk menyokong gitar daripada terjatuh.




Ada 2 gaya lagi yang cukup popular. Gaya ini dikenali sebagai gaya tak rasmi yaitu gaya duduk bersila dan gaya duduk bersilang. Konsepnya sama seperti 3 gaya rasmi di atas.

Kamu boleh pilih mana gaya yang kamu suka jadi berasa santai dan nampak bergaya :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar